26 Januari, 2011

MASALAH SEMASA PENYUSUAN BAYI

Puting leper dan terkedalam : Ibu perlu yakin bahawa bayi masih boleh menyusu dari payudara yang mempunyai puting leper atau tengelam kerana bayi menghisap dari payudara dan bukan dari puting.
Rawatan : Penghisapan bayi akan menarik puting keluar. Menggunakan pam payudara.
Kebengkakkan payu dara : Lambat memulakan penyusuan. Bayi jarang diberi susu ibu. Susu yang banyak.
Rawatan : Tuam air sejuk pada payudara untuk melegakan kesakitan. Perah payudara dengan perlahan – lahan untuk melembutkan sebelum penyusuan yang seterusnya Susukan bayi dengan lebih kerap
Puting melecet : Meletakkan bayi dalam posisi yang salah. Teknik penyusuan yang tidak betul. Penjagaan puting yang tidak betul. Jangkitan kulat disebabkan oleh Candida Albicaus juga boleh menyebabkan puting melecet.
Rawatan : Perahkan sedikit susu dan sapukan pada puting. Ini boleh memulihkan puting yang melecet. Tidak perlu gunakan losyen atau krim. Kerap dedahkan putting tersebut pada udara. Jangan pakai baju dalam seketika sehingga reda kesakitan.
Tidak cukup susu: Ibu tidak beri bayi menghisap sekerapnya. Bayi menghisap sebelah payudara sahaja. Ibu tidak yakin dengan kedua-dua belah payudara. Ibu mengalami tekanan emosi. Ibu juga hendaklah yakin bahawa ibu boleh susukan bayinya.
Cara mengatasi : Susukan bayi sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi. Penyusuan tidak melebihi 2 jam. Pastikan bayi melekap dengan betul. Menyusu dari kedua-dua belah payu dara. Yakin pada diri sendiri “Anda boleh menyusukan anak anda”. Dapatkan rehat secukupnya dan cuba bertenang semasa menyusukan bayi.
Bayi enggan menyusu : Mulut bayi ada jangkitan. Bayi dalam kesakitan. Bayi telah diberi botol susu/putting kosong. Aliran susu terlalu laju. Pernafasan bayi terganggu.
Rawatan : Dapatkan rawatan bagi jangkitan di mulut. Jangan pegang bayi ditempat yang sakit atau lebam. Pengaliran susu yang laju boleh dikurangkan dengan memerah payudara. sebelum memulakan penyusuan.
Ubatan yang tidak digalakan ambil ketika tempoh penyusuan bayi
Nikotin (cth: Tampalan Nikotin untuk berhenti merokok) Boleh mengurangkan pengeluaran susu, menyebabkan bayi muntah, cirit birit dan meragam. (Jangan guna sewaktu tempoh kehamilan dan penyusuan ibu)
Kafein Jumlah kafein yang banyak memberi kesan yang tidak selesa kepada bayi seperti kembung.
Antihistamin (eg. Chlorpheniramine, loratadine etc.) Penggunaannya tidak disyorkan. Boleh mengurangkan pengeluaran susu ibu, dan menyebabkan bayi meragam. Berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi.

Tiada ulasan: