Keguguran atau pembuangan embrio atau janin dari rahim disebabkan oleh kematiannya atau menyebabkan kematiannya.
Jenis-jenis Keguguran
Keguguran spontan - Keguguran disebabkan faktor semula jadi seperti berikut:
Keguguran spontan - Keguguran disebabkan faktor semula jadi seperti berikut:
- Replika kromosom yang tidak normal
- Faktor alam sekitar
- Trauma pada kandungan yang tidak dapat dielakkan
Keguguran Perubatan (terapeutik) - Keguguran dilakukan atas sebab-sebab perubatan seperti berikut:
- Bagi menyelamatkan nyawa ibu
- Bagi mengekalkan tahap kesihatan fizikal dan mental ibu
- Bagi menghalang kelahiran janin yang dikesan mempunyai kecacatan yang teruk
Keguguran secara paksaan - Keguguran yang sengaja dilakukan, selalunya atas kehendak sendiri disebabkan:
- Melewatkan kehamilan atau tidak mahu mengandung lagi
- Tidak mahu mengganggu kerja atau pelajaran
- Mengelakkan masalah kewangan dan perhubungan
- Kehamilan yang tidak dirancang atau diingini kerana tidak menggunakan kontraseptif
Cara-cara pengguguran secara paksa dilakukan:
Pengguguran perubatan (Medikal)
Pengguguran perubatan (Medikal)
- Juga dikenali sebagai pengguguran kimia
- Bahan yang biasa digunakan adalah mifepristone dan prostaglandins, biasanya dilakukan di peringkat awal kehamilan
Pengguguran pembedahan (Surgikal)
- Penyedutan dengan vakum (dilakukan secara manual atau elektronik - menggunakan mesin elektronik) - bagi usia kandungan kurang dari dua belas minggu (rujuk rajah 1)
- Dilatasi dan pengkuretan (D&C) - bagi usia kandungan 15-24 minggu (rujuk rajah 2)
- Dilatasi dan penarikan keseluruhan bayi - bagi usia kandungan melebihi dua puluh empat minggu (rujuk rajah 3)
Komplikasi pengguguran secara paksaan
- Pangkal rahim terkoyak
- Tertembus rahim
- Pendarahan teruk
- Jangkitan pada organ pembiakan
- Kemandulan
- Kematian - disebabkan oleh komplikasi bius, pendarahan yang teruk atau jangkitan yang tidak terkawal
Isu berkaitan dengan pengguguran secara paksaan
Pengguguran secara paksaan telah menimbulkan banyak perbahasan dan perhatian di kalangan masyarakat yang melibatkan aspek:
Pengguguran secara paksaan telah menimbulkan banyak perbahasan dan perhatian di kalangan masyarakat yang melibatkan aspek:
- Etika
- Akhlak
- Falsafah
- Biologi
- Agama
- Undang-undang
Pendapat masyarakat terhadap pengguguran secara paksaan dibahagikan kepada dua kumpulan utama:
- Kumpulan yang memilih keguguran - Menyokong pengguguran kerana ia memberi kebebasan kepada wanita membuat keputusan mereka sendiri mengenai hal-hal reproduktif
- Kumpulan menentang keguguran - Menentang pengguguran dan menganggap pengguguran adalah zalim dan membunuh janin yang berhak untuk hidup
Peringatan
Remaja yang hendak menggugurkan kandungan dinasihatkan untuk terlebih dahulu mendapat khidmat nasihat daripada orang dewasa yang boleh dipercayai atau anggota kesihatan yang terlatih. Pengguguran adalah HARAM di Malaysia kecuali atas sebab-sebab perubatan. Setiap individu mesti sedar, pengguguran tanpa sebab perubatan adalah satu kesalahan di bawah undang-undang Malaysia (Kanun Jenayah / Penal Code). Mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan fatwa mengenai pengguguran boleh melayari : http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan-kategori.asp.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan