Ubat-ubat tertentu boleh memberi kesan buruk keatas janin pada bila-bila masa semasa mengandung. Sekiranya anda mengandung, ataupun merancang untuk hamil, anda haruslah mengurangkan penggunaan ubat-ubatan dan juga sebarang ramuan herba yang boleh di beli di farmasi. Sesetengah ubat adalah selamat digunakan (contohnya penisillin). Terdapat juga ubat-ubatan yang tidak selamat digunakan (contohnya talidomida). Adalah sangat mustahak anda mendapatkan nasihat daripada anggota profesional perubatan sebelum pengambilan sebarang ubat-ubatan.
Apakah langkah pengawasan yang perlu anda ambil?
■Berbincanglah dengan doktor ataupun ahli farmasi sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.
■Sekiranya anda makan ubat secara tetap (contohnya untuk rawatan sawan), adalah penting bagi anda untuk berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum hamil.
■Sekiranya anda hamil tanpa dirancang, berbincanglah dengan doktor anda seawal mungkin mengenai ubat-ubatan yang sedang anda ambil.
Apakah ubat-ubatan yang biasa diberikan semasa kehamilan?
Masalah Jenis ubat-ubatan
Melegakan kesakitan,sakit kepala, sakit belakang atau demam
- Paracetamol
- Serat (bran, ispagula dan sterkulia).
- Julap (laktulosa - selamat bagi jangka masa pendek).
Buasir / urat timbul (pengembangan pembuluh verikosa)
- Diosmin, hesperidin (Daflon
Batuk dan selesema
- Guaifenesin dan dekstrometorfan
- Difenhidramin (Benadryl)
- Ubat batuk Vicks
- Vicks VaporRub
Melegakan Alahan
- Klorfeniramin (boleh menyebabkan mengantuk)
- Dekongestan ataupun pelega kesesakan dada (Pseudoefedrin, fenilefrin, oksimetazolin) perlu dielakkan diawal kehamilan.
(Elakkan penggunaan semburan dekongestan kerana pegunaan berterusan akan merosakkan saluran dalaman hidung.
- Antasid untuk ketidakhadaman asid atau pedih ulu hati (Mylanta, Maalox, Gelusil).
- Simetikon untuk perut kembung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan