Teknik memerah susu dengan pam payudara :
a. Baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan
peralatan mengepam sebelum menggunakannya
a. Basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
b. Basuh tangan dengan bersih
c. Duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
d. Rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
e. Posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
f. Mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
g. Pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
h. Masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)
Teknik memerah susu dengan menggunakan tangan :
Letakkan ibu jari di areola di bahagian atas puting dan jejari yang lain di bahagian bawah payudara.
Picit payudara menggunakan ibu jari dan jari-jari pada masa yang sama ke dalam menghala kebahagian dada.
a. Cuci tangan menggunakan air dan sabun.
b. Lakukan urutan perlahan-lahan pada payu dara ke arah puting atau tuam panas selama beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu.
c. Pusing dan perah dari semua arah.
d. Lakukan yang sama kepada payudara yang sebelah dan apabila telah bersedia lakukan semula kepada kedua-dua payudara.
Jangan urut dari bahagian atas payudara.
Menyimpan susu yang telah diperah :
Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.
Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.
Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu bilik 26 oC selama 4 jam, di dalam peti sejuk untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian sejuk beku (lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah selama 3 bulan.
Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan.
Menyediakan susu yang telah diperah untuk bayi :
Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi.
Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.
Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.
Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)
Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.
Mengajar bayi minum susu yang telah diperah :
Melatih bayi minum susu yang telah diperah 2 minggu sebelum ibu kembali bekerja.
Gunakan jadual sebagai panduan
JADUAL LATIHAN PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK IBU BEKERJA
Source : Malaysian Breastfeeding Advisory Association
MASALAH DALAM PENYUSUAN BOTOL
- Cirit- birit.
- Muntah.
- Berat badan yang berkurang.
- Berat badan yang bertambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan