21 November, 2010

Penjagaan Selepas Keguguran

Keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran. Ini kerana keguguran boleh menyebabkan masalah angin yang menyerang selepas keguguran yang mana boleh menyebabkan ibu mudah terdedah kepada pelbagai penyakit. Ibu akan mudah mengalami alahan kepada makanan dan persekitaran.

Ibu juga akan mengalami bisa keguguran yang mana ibu akan berasa sakit yang tajam dibahagian ari- ari, pinggang dan sendi selepas keguguran. Keadaan sakit ini akan berlarutan sehinggalah ibu tersebut hamil semula dan melahirkan, barulah ibu kembali sembuh.

Penjagaan yang rapi selepas keguguran perlu diambil kira ini kerana akan menyebabkan angin meroyan yang perpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak dibersihkan dengan sempurna, toksin akan meresapi ke seluruh sistem tubuh. Ibu akan mengalami demam panas sehingga terkacing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.

Penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran. Ini kerana ibu pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan badan dalam setiap rawatan dan permakanan. Manakala untuk ibu keguguran pula mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau pun sejuk dari segi perubatan mahu pun permakanan. Oleh sebab ini lah bukan mudah untuk menjaga ibu- ibu yang keguguran, terutama bagi yang tidak berpengalaman dalam hal perawatan ibu tersebut.

Tiada ulasan: