Rawatan Penjagaan Dalam Pantang di rumah pelanggan atau di pusat rawatan kami.
- Urutan Tradisional - Sesuai untuk ibu selepas melahirkan. Melegakan urat– urat yang tegang pada seluruh badan.
- Urutan Tradisional + Bertungku - Lebih sesuai untuk kesakitan yang teruk, amat sesuai untuk ibu selepas melahirkan. Lengguh– lengguh, sakit pinggan, tersalah urat.
- Urutan Pulih Badan - Untuk ibu dlm pantang. Melembutkan urat saraf dan otot yang tegang akibat meneran atau kurang pergerakan semasa pembedahan dan melancarkan aliran darah. (Rawatan dibuat 1hari selepas kelahiran).
- Urutan Bersalin + Bertungku - Melancarkan perjalanan nifas yg tersekat dan melembutkan urat serta memecahkan angin lendir. (Rawatan dibuat hari ke2 hingga 3hari)
- Urutan Bersalin + Bertungku + Ubat Barut - Mengelak kemasukkan angin sejuk di liang– liang perut dan mengelakkan badan mengembang (Kegemukan) serta perut buncit.(Rawatan dibuat hari 1—40@44hari)
- Mandian Herba/ Mandi Serong - Menyegarkan badan. Memulihkan semangat dari perasaan, gementar, gelisah, rimas, risau, lemah semangat, & gangguan oleh makhluk halus. Menggunakan Daun Herba terpilih.
- Rawatan Mandi Wap - Merawat bahagian sulit, menaktifkan pengeluaran peluh sebagai mengenyahkan racun di dalam badan & mengecutkan saluran peranakan. (Selepas hari 30 bersalin / Nifas kering / hari ke 6 haid).
- Rawatan Bertangas - Membantu mengeringkan saluran sulit serta memgelak peranakan dari kudis, luka, kulat & keputihan yang berbau.(Pada hari ke 31, 32,33)
- Rawatan Ukup Wangi -Membantu menghilangkan bau badan, terutama di bahagian ketiak serta di bahagian sulit. Rawatan ini menguatkan kemutan vagina & pulih dara.(Pada hari ke 40, 41, 42)
- Rawatan Berdiang / Menyalai - Mengunakan tilam panas– moden. Mengelak sakit pinggan, biasa urat saraf serta otot badan dan mempercepatkan kecut peranakaan. Awet muda, mantap, langsing dan menguatkan gagah otot– otot peranakaan.