10 November, 2010

Mandi dedaun

Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri. Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu. Jika di kampung, banyak daun kayu dan pucuk muda digunakan ibu atau nenek kita untuk mewangikan air mandi kala berpantang. Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus, daun lenggundi ( Vitex negundo ), daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai ( Lawsonia terma ), daun bonglai, daun mengkudu ( Morinda citrifolia ) dan rempah halba. Sekiranya ramuan ini payah dicari di bandar-bandar maka ibu-ibu boleh mendapatkan daun-daun yang dijual di pasar atau mudah dicari di rumah-rumah jiran berhampiran. Berikut ialah contoh ramuan yang diperlukan untuk menyediakan air rebusan untuk mandi :- • • 1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar • • 10 helai daun limau purut • • 6 batang daun serai bersama serai • • halia muda sebesar 4 kali ibu jari • • 7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa • • 2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci • • seketul lengkuas atau 3 helai daunnya • • segenggam halba ( dipunjutkan )
Semasa dalam pantang sebaiknya ibu yang selepas bersalin mandi mengunakan air suam ketika mandi pada waktu pagi dan petang supaya badan akan sentiasa segar. Jika ibu selepas bersalin mandi air sejuk di khuatiri ibu akan mengalami kemasukan angin sejuk dalam badan dan akan menyebabkan sakit urat atau sendi dan akan menyebabkan demam sejuk.

Sebahagian daun-daun herba yang akan direbus sebagai air mandian

Sediakan periuk dan bersihkan dedaun. Jerangkan air bersama dedaun di dalam periuk di atas dapur dengan api yang sederhana. Sesudah panas, masukkan ke dalam baldi, campurkan dengan air sejuk dan pastikan suhu air adalah suam- suam panas sesuaikan untuk mandian.

Mungkin kita tidak pernah terfikir bahawa daun mandian untuk ibu lepas bersalin ada di tanam di belakang rumah atau terbiar disekitar rumah. Tanpa kita sedari daun- daun itu berguna untuk di jadikan ubat untuk rawatan selepas bersalin.

Contoh dedaun yang boleh kita jadikan herba mandian seperti:

  1. Daun serai wangi
  2. daun lengkuas
  3. daun pisang kelat
  4. daun inai
  5. daun bonglai
  6. daun mengkudu
  7. daun sirih
  8. daun telulang
  9. daun limau purut
  10. daun pandan
  11. daun jambu batu
  12. 3 biji limau nipis
  13. daun kunyit

Jika tidak ada kesemua dedaun diatas cukuplah sekadar kita memilih daun sebanyak 3, 5, 7 atau setiap no ganjil untuk di jadikan air rebusan.

Petua:

Ibu- ibu selepas bersalin dilarang membasuh rambut menggunakan air panas atau air rebusan mandian yang panas kerana ini boleh menyebabkan keguguran rambut atau sakit kepala. Disyorkan membasuh rambut mengunakan air biasa (air paip).

Tiada ulasan: