Sentuh mulut bayi dengan puting ibu, tunggu sehingga bayi membuka mulutnya paling luas
Rapatkan bayi ke payudara (bukan payudara ke bayi) dan rapatkan seluruh badan bayi ke dada bukan hanya bahagian kepala.
Membantu bayi melekap dengan memegang payudara dengan tangan. Pastikan ibu jari jauh dari areola dan tidak menekan payudara
Menunjukkan bayi melekap dengan betul
Menunjukkan bayi yang tidak melekap dengan betul.
- Ini boleh mengakibatkan masalah seperti kebengkakkan payu dara dan puting.
- Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
- Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
- Payudara mungkin bengkak.
- Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan.
BAYI MENYUSU DENGAN CARA YANG BETUL
Mulut bayi terbuka luas.
Dagu bayi menyentuh payudara.
Bibir bawah bayi bergulung keluar.
Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas.
Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.
Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan