26 Januari, 2011
Penyusuan secara eksklusif
Penyusuan secara eksklusif merupakan langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Ini kerana susu ibu adalah bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul.Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, ibu digalakkan memberi penyusuan secara eksklusif sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu secara ekslusif sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.
JENIS SUSU IBU
Colostrum :
Terhasil pada hari-hari pertama selepas melahirkan. Ia berwarna kekuningan dan diperkaya dengan antibodi dan juga protein. Ini menjadikan ia sangat ideal bagi bayi baru lahir.
Transitional
Cair, berwarna putih. Komposisinya hampir sama dengan susu matang.
Susu matang :
Lebih cair hampir kebiruan pada awal penyusuan tetapi bertukar putih apabila kandungan lemaknya bertambah.
NUTRISI KETIKA MENYUSUKAN BAYI
Kalori :
Minimum 1 800 kalori sehari. Jika ibu kekurangan 1 hingga 4 pound dalam tempoh sebulan maknanya ibu tidak menikmati makanan dengan secukupnya.
Protein :
Diambil dua kali pengambilan makanan setiap hari.
Kalsium :
Sekurang-kurangnya tiga atau empat makanan berkalsium setiap hari.
Cecair :
Minum sekurang-kurangnya lapan ke 10 cawan air setiap hari dan elakkan pengambilan minuman kafien kerana ia akan mengalirkan menerusi susu dan memberi kesan pada bayi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan