26 Januari, 2011

KEBAIKAN PENYUSUAN IBU

UNTUK BAYI Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi. Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar. Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi. Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru serta masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi. Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. UNTUK IBU

Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin. Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat. Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari. Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya. LAIN-LAIN KEBAIKAN

Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada. Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak. Mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan. Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.

Tiada ulasan: