13 Oktober, 2011

Wanti Sayang Postnatal Care: SET PERMATA HATIKU

Wanti Sayang Postnatal Care: SET PERMATA HATIKU

SET PERMATA HATIKU

 ( SET KESUBURAN SUAMI DAN ISTERI )

Harga Jualan RM200/ Set

Sudah lama berkahwin tetapi masih belum mendapatkan cahaya mata?
Sering keguguran?
Mengalami senggugut yang teruk?
Ada masalah kesuburan?
Masalah ovari?
Sudah banyak usaha yang anda lakukan?
Kos rawatan IVF terlalu mahal menyebabkan anda hampir berputus asa untuk mendapatkan cahaya mata?

Pemakanan kesihatan berasaskan 100% herba tradisional.
Ramuan herba dari hutan hujan tropika dengan formula hebat dengan harga berpatutan.
Anda boleh mencuba produk ini untuk menyelesaikan masalah SUKAR HAMIL.

Isi kandungan bagi 1 set
• 1 botol kapsul C-Hat Ceria untuk isteri
• 1 botol kapsul L-Hir untuk isteri
• 1 botol kapsul Lelaki SP untuk suami
• 1 botol kapsul L-Hir untuk suami
• 1 pamplet penerangan cara penggunaan Set Permata Hatiku

1) Lelaki SP – 1 unit untuk suami
Kandungan: 60 Biji Kapsul
BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA:
( MAL 07124654 T )

Khasiatnya:
Ubi Jaga, Tongkat Ali, Haji Samat
• Menambahkan tenaga lelaki
• Melancarkan perjalanan darah
• Mengekalkan kesihatan lelaki

2) C-Hat Ceria - 1 unit untuk isteri
( MAL 08021520 T )

Khasiatnya:
Terung kemar, Mas cotek, Dukung anak, Lakum (Ubi Kertas)
• Kesihatan wanita
• Membersih dan menyuburkan rahim
• Menguatkan rahim untuk memastikan kandungan kukuh
• Melegakan keputihan dan senggugut

3) Kapsul L-Hir - 2 unit untuk suami dan isteri
( MAL 08080420 T )

Khasiatnya:
Chasteberry exstract, Lobata, Red Clover, Mas Cotek, Ginseng
• Merangsang hormone testosteron dan progesterone
• Menstabilkan hormon wanita
• Menghasilkan sperma dan ovum (benih perempuan) yang berkualiti

Alhamdulillah, dengan izin Allah, ramai yang telah berjaya mendapat zuriat setelah menggunakan produk ini. Lihat Testimoni di bawah ini:

Wanti Sayang Postnatal Care: Set Ibu Selepas Bersalin Tradisional (Lengkap 40 Hari)

Wanti Sayang Postnatal Care: Set Ibu Selepas Bersalin Tradisional (Lengkap 40 Hari)

Set Ibu Selepas Bersalin Tradisional (40 Hari)



Harga Jualan RM80 (Set Lengkap 40 Hari)

Dirumus khas untuk ibu – ibu yang baru bersalin.

• Membersihkan rahim dari darah kotor yang masih terdapat didalam rahim.
• Memulihkan urat saraf dan sendi sendi.
• Menyembuhkan luka dalaman.
• Mengempiskan perut yang buncit dan menghilangkan stretch mark (pecah pecah kulit di perut).
• Tidak terlalu panas hingga menyebabkan bayi yang menyusu badan demam, kembung atau cirit birit.
• Tiada bahan kimia atau bahan campuran. Di packing istimewa dalam bentuk kapsul bagi memudahkan pengambilan jamu untuk ibu ibu muda.
• Bersih dan terjamin kualiti serta mutu pengeluarannya tanpa mendatangkan kesan dan efek terhadap ibu dan bayi.
• Berbau harum dan wangi dari ekstrak akar kayu asli bagi mengekalkan keaslian serta kualiti penggunaannya kepada para ibu ibu selepas bersalin.
• Seperti yang tercatat pada KIT IBU BERSALIN.

Kandungan:

• 4 botol kapsul, ikut penggunaan dalam tempoh 40 hari berpantang
• 1 pek debu barut perut yang berkhasiat dan berkesan
• 1 pek akar rebusan untuk 40 hari
• 1 botol minyak panas untuk ibu
• 1 botol minyak talon untuk bayi
• 1 pamplet penerangan cara penggunaan set ibu lepas bersalin

Wanti Sayang Postnatal Care: Kapsul Wanita SP

Wanti Sayang Postnatal Care: Kapsul Wanita SP

Kapsul Wanita SP


Harga Jualan RM30
Kandungan: 60 Biji Kapsul
BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA:
( MAL 07122845 -T )
Kandungan :
  • Folium Labisia Pumilia Linn (Kacip Fatimah)
  • Semen Quercus Infectoria (Manjakani)
  • Flos Raflessia Haseliti (Bunga Pakma)
  • Folium Ficus Deltoidea (Mas Cotek)
  • Radix Hippocratea Indica (Serapat)
Khasiat :
  • Menambah dan memulih tenaga
  • Melancarkan perjalanan haid
  • Melegakan senggugut dan keputihan
  • Untuk kesihatan rahim selepas bersalin
  • Mengekalkan kesihatan wanita

12 September, 2011

Penyusuan Ketika Mengandung


Tambah kapsyen


Sebenarnya tidak salah untuk meneruskan penyusuan badan kepada anak anda. namun, beberapa perkara perlu anda ambil kira...

Anda perlu kalori dan khasiat tambahan jika anda menyusu semasa hamil. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan.

Kebiasaannya ibu menjadi lebih penat. Dapatkan rehat secukupnya. Anda boleh melelapkan mata dengan berbaring ketika menyusukan anak anda.

Puting anda mungkin lebih sensitif semasa hamil. Pastikan lekapan bayi anda adalah betul. Bernafas dalam-dalam dapat mengurangkan sedikit kesakitan.

Anak anda tidak akan 'mencuri' kolostrum dan lain-lain khasiat daripada adiknya yang masih dalam perut jika dia menyusu, kerana badan anda tahu yang mana yang perlu didahulukan.

Susu badan anda mungkin akan berkurangan semasa usia kandungan 4 bulan dan rasanya juga mungkin berlainan. Semasa ini penghasilan kolostrum mungkin telah bermula. Anak anda mungkin akan berhenti sendiri menyusu badan semasa umur ini.

Jika anak anda yang sedang menyusu berusia kurang daripada setahun perhatikan pertambahan berat badannya. Minta nasihat pakar kanak-kanak tentang perkembangan berat badannya. Anda mungkin perlu menambah susu formula selain daripada makanan pelengkap yang diambilnya.

Jika anda tidak berhajat untuk menyusukan anak anda selepas bayi dalam perut lahir ('tandem nursing'), maka anda perlu membuat perancangan untuk menyapihnya semasa hamil ini. Jika anda ingin menyapihnya selepas kelahiran bayi baru, mungkin dia akan merasa terganggu emosi. Cara yang biasa diamalkan, "jangan tawarkan, tetapi jangan menolak jika dia nak".

Penyusuan susu badan kebiasaannya tidak boleh diteruskan jika:

anda berisiko atau pernah melahirkan bayi pramatang

pernah keguguran

mengalami pendarahan semasa hamil

positif GBS carrier

dan lain-lain kehamilan berisiko tinggi

Panduan mudah lain ialah, jika semasa hamil doktor anda menasihatkan untuk anda tidak melakukan seks, maksudnya semasa ini juga anda tidak boleh menyusu badan.

Dalam Islam pula, tiada halangan untuk ibu hamil menyusukan anaknya:

Info ini saya dapat daripada Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, dalam Menyusui Anak Ketika Mengandung di blognya.

Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).

Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.

Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)

Walahu a’lam.

Rujukan :Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 10.

24 Mac, 2011

Wanti Sayang Postnatal Care: Penggunaan kaedah perancangan keluarga tidak betul

Wanti Sayang Postnatal Care: Penggunaan kaedah perancangan keluarga tidak betul

Penggunaan kaedah perancangan keluarga tidak betul

LELAKI sebagai suami dan peneraju rumah tangga juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai perancangan keluarga serta kaedah pencegah kehamilan kerana kehamilan yang tidak dirancang boleh menimbulkan tekanan emosi suami isteri.
Kehamilan adalah tanggungjawab kedua-dua pihak, justeru memerlukan kerjasama suami isteri untuk merancang sebaik-baiknya sebelum mengambil keputusan menjadi ibu bapa, terutama apabila belum bersedia, supaya kehadiran anak itu tidak terlalu cepat, terlalu lewat atau sangat rapat.
Kehamilan yang tidak dirancang dan tidak dikehendaki berlaku di seluruh dunia. Peningkatan kehamilan luar nikah bukan saja membimbangkan ibu bapa dan pemimpin masyarakat, tetapi menjadi perhatian pakar perubatan kerana banyak kehamilan begini berakhir dengan pengguguran tidak selamat atau pembuangan bayi.

16 Mac, 2011

Pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA),


PC atau polycarbonate ini dibuat daripada sejenis kompaun organic polycarbonate resins yang boleh merembeskan bahan toxic iaitu Bisphenol A atau nama glamornya BPA. BPA boleh meresap ke dalam air minuman dengan kewujudan haba atau agen pencuci.
Kesan BPA terhadap bayi dan kanak – kanak paling dibimbangkan kerana boleh mengakibatkan kecacatan otak dan membantut tumbesaran. Ia juga dipercayai boleh menyebabkan breast kanser dan prostat kanser.
Berikut adalah kesan buruk BPA:
  • Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
  • Masalah kegemukan atau obesiti
  • Kecacatan pada bayi baru lahir
  • Menambahkan risiko kematian bayi
  • Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
  • Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung
  • Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif