21 April, 2010

Param @Ubat Barut MAMA Anggun WSE005

Harga RM15.00/ Btl
Herba Param @Ubat pembarut perut MAMA Anggun keluaran Wanti Sayang Enterprise ini digunakan pada hari atau malam pertama selepas bersalin. Param MAMA Anggun ini diperbuat dari tumbuh- tumbuhan dan rempah ratus terpilih. Cara rumusanya sangat sesuai dan terkini. Ramuannya dirumus khas bagi ibu- ibu yang bersalin ia amat berkesan untuk melancarkan peredaran darah, memberi keselesaan tubuh badan ibu-ibu baru bersalin. Ianya bergitu mustahak bagi setiap ibu-ibu yang baru bersalin demi memulihkan semula perut serta tubuh badan ibu-ibu seperti sediakala. Ia patut diamalkan dari hari 1 hingga 40 hari atau lebih. Juga Suai untuk wanita belum melahirkan yang mengalami senggugut, angin dalam perut dan masalah perut buncit.
Bengkung (Kain Pembarut) WSE006
Harga RM45.00
Fungsi
Membentuk kembali badan terutama kawasan perut yang telah berkembang akibat hamil.
Merampingkan kembali pinggang.
Mengelak kekenduran otot perut dan perut menggelebeh.
Menaik dan membentuk kembali punggung. Mempercepatkan perut terasa `penuh` bagi mengelak terlebih makan. Baik jika digunakan oleh semua wanita, walaupun bukan ketika berpantang. Maklumat Tambahan Dijahit 2 lapis, sangat kuat dan tahan untuk penggunaan yang lama. Fabriknya yang tebal tetapi lembut, selesa dan mudah menyerap peluh. Sangat selesa dipakai dan terletak kejap di badan. Cukup labuh bagi menutup seluruh kawasan perut, bermula bawah payudara sehingga mencecah paras pinggul tanpa masalah menaik, berlipat atau berkumpul di perut (banyak bengkung jenama lain di pasaran dibuat dari kain yang licin dan nipis serta tidak cukup labuh sehingga mudah menaik dan berkumpul di perut). Mudah diikat oleh ibu bersalin sendiri, tanpa memerlukan bantuan sesiapa. Boleh diikat mengikut tahap ketat yang diingini, tanpa mengganggu pergerakan. Boleh dipakai bila-bila masa (walau bukan berpantang), untuk mengempiskan perut dan merampingkan badan dengan menyapu bersama Param MAMA Anggun atau pun bersama gel pelansing. Cara pakai: Ambil sekadar yang perlu ubat ini dan campurkan sedikit air panas seterusnya disapu di perut. Kemudian balut dengan kain pembarut. PENGGUNAAN Setelah menyapu Param MAMA Anggun, pinggul dan peha, berdiri tegak dan letakkan bengkung dari bahagian belakang abdomen menghala kedepan dengan punca tali berada di bawah. Jika bengkung terlalu lebar, sila klim atau jahit di bahagian tengah bengkung. Lipat bahagian kanan kain ke dalam, manakala sebelah kiri kain di bahagian luar dengan punca tali yang kelihatan dibahagian bawahnya. Mula mengikat dengan memasukkan semua tali ke dalam lubang pertama yang berhadapan dengan punca tali, kemudian tarik sehingga ketat. Lakukan cara yang sama hingga dilubang kedua atas yang bertentangan (menjadikan ikatan bersilang), sehingga habis semua lubang diikat kejap. Setelah rasa cukup ketat dan selesa, simpulkan lebihan tali tadi di bawah ikatan bengkung. Pakai pada waktu pagi dan malam berterusan selama 40 hari. PERINGATAN Jika bersalin secara pembedahan, gunakan selepas 2 minggu dan ikat mengikut keselesaan tanpa menyakitkan tempat jahitan.
RM15.00btl

Tiada ulasan: