Apabila ibu-ibu menyusukan bayi, perhatikan tanda-tanda penyusuan berkesan seperti berikut:
1. Tanda penghisapan yang berkesan
• Hisapan perlahan dan dalam
• Nada hisapan: hisap-telan-hisap-telan
• Dengar bunyi bayi menelan
• Hisapan cepat dan cetek
2. Kekerapan penyusuan
• Susukan bayi dengan kerap mengikut kemahuannya
• Sentiasa bersama bayi supaya boleh menyusukannya dengan kerap
• Minggu pertama – susukan bayi lebih kerap
• Bayi yang tidur lama (lebih daripada 2-3 jam) perlu digerakkan untuk disusukan
• Menyusu kerap pada waktu malam
• Purata penyusuan 8-12 kali dalam 24 jam
3. Tanda bayi mendapat cukup susu
• Bayi berhenti sendiri apabila kenyang
• Penyusuan kerap 8-12 kali dalam 24 jam
• Kencing lebih 6 kali dalam 24 jam
• Kekerapan membuang air besar yang normal (4-8 kali dalam 24 jam)
• Bayi kelihatan puas, ceria dan kulit bayi sihat
• Payudara ibu penuh sebelum menyusu dan ‘ringan’ selepas menyusu
4. Memberhentikan penyusuan
• Biar bayi melepaskan puting payudara dengan spontan
• Payudara kedua diberi selepas bayi selesai menghisap payudara pertama
• Berikan kedua-dua payudara secara bergilir selagi bayi hendak terus menyusu
• Jangan alihkan bayi dari payudara selagi dia sedang menyusu kecuali untuk membetulkan pelekapan
• Untuk memberhentikan pelekapan bayi, masukkan jari kelingking ke tepi mulut bayi untuk mengeluarkan puting payudara dari mulutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan