Memaparkan catatan dengan label Penjagaan Selepas Keguguran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penjagaan Selepas Keguguran. Papar semua catatan

21 November, 2010

Tempoh Berpantang Keguguran

Ibu yang keguguran perlulah berpantang dari cara hidup harian serta permakanan. Pantang ibu bersalin mengikut jangka masa keguguran. Jika keguguran berlaku selepas 2minggu – 3 bulan kehamilan ibu tidak dibenarkan melakukan hubungan kelamin selama 30 hari. Jika keguguran berlaku pada kehamilan 4 –5 bulan kehamilan ibu tidak dibenarkan melakukan hubungan kelamin selama 40 hari. Jika berlaku keguguran pada bulan ke 6 kehamilan ibu perlulah tidak melakukan hubungan kelamin selama 44hari. Untuk mendapat kesihatan yang lebih baik lagi bagi ibu keguguran perlulah berpantang makan sehingga ibu yang keguguran kembali hamil dan bersalin. Selepas itulah baru pantang larang permakanan ibu keguguran akan tamat.

Pantang Larang Permakanan

Ibu keguguran tidak boleh memakan makanan berangin seperti: Ubi keladi, Rebung, Sayur keladi, Pucuk paku, Terung, Pucuk ubi, Tembikai, Labu, Kangkung, Kacang panjang, Timun, Kobis. (Pantang makan tumbuhan menjalar) Buahah-buahan yang sejuk seperti: Betik, ciku, langsat, duku, macang, pisang masak hijau, durian belanda, kuini, nangka, cempedak dan tembikai madu. Ibu yang keguguran juga tidak dibenarkan sama sekali memakan Ikan yang berbisa seperti : Ikan yang berduri cencaru,terubuk, tamban, sardin, terubuk, bawal hitam, pari, makanan laut seperti : udang, kerang, sotong, belacan, cencaluk, budu dan ikan masin, Jika ibu melanggar pantang larang permakanan ini. Ibu akan mudah mengalami sakit bentan urat, rambut mudah gugur, mudah sayu, demam susah turun, alahan kulit dan cuaca, serta mudah keletihan.

Pantang Larang Keguguran

Ibu yang keguguran tidak dibenarkan lalu atau berjalan di bawah penyidai kain. Ini boleh menyebabkan sakit kepala. Tidak boleh terkena titisan hujan panas serta terkena angin senja tau tengah malam -Ibu akan mudah terkena demama panas atau demam mengigil. Paling utama ibu keguguran tidak boleh melintasi di bawah pohon cermai atau memakan buah cemai. - Boleh menyebabkan bentan atau kesan tegang urat dan boleh membawa kepada demam mengigil.

Penjagaan Selepas Keguguran

Keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran. Ini kerana keguguran boleh menyebabkan masalah angin yang menyerang selepas keguguran yang mana boleh menyebabkan ibu mudah terdedah kepada pelbagai penyakit. Ibu akan mudah mengalami alahan kepada makanan dan persekitaran.

Ibu juga akan mengalami bisa keguguran yang mana ibu akan berasa sakit yang tajam dibahagian ari- ari, pinggang dan sendi selepas keguguran. Keadaan sakit ini akan berlarutan sehinggalah ibu tersebut hamil semula dan melahirkan, barulah ibu kembali sembuh.

Penjagaan yang rapi selepas keguguran perlu diambil kira ini kerana akan menyebabkan angin meroyan yang perpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak dibersihkan dengan sempurna, toksin akan meresapi ke seluruh sistem tubuh. Ibu akan mengalami demam panas sehingga terkacing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.

Penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran. Ini kerana ibu pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan badan dalam setiap rawatan dan permakanan. Manakala untuk ibu keguguran pula mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau pun sejuk dari segi perubatan mahu pun permakanan. Oleh sebab ini lah bukan mudah untuk menjaga ibu- ibu yang keguguran, terutama bagi yang tidak berpengalaman dalam hal perawatan ibu tersebut.